Thursday, January 15, 2009 Y 1/15/2009 10:22:00 AM

Satu pengalaman yang indah di SQSS ialah saya pergi ke pelegong bersama murid-murid melayu sekolah saya dan juga dua sekolah lain.Kami menjalankan aktiviti ini selama 3 hari.Saya diajak guru Ismail untuk pergi ke pelegong.





Dalam kelas saya , cuma 3 orang yang pergi iaitu khair , ARIFFIN dan saya.Ramai dari mereka tidak minati atau tidak mempunyai cukup wang untuk pergi.





Di hari pertama,kami menaiki bas untuk pergi ke sana.Di dalam bas,ada dari mereka disuruh menyanyi atau membuat persembahan jika mereka dipilih.Walaupun ramai yang tidak mahu mrmbuat demikian, mereka tetap lakukannya.


Sampai sahaja di rumah kampung pelegong, kami disambut dengan meriah.Kami disuruh berehat di dewan sementara cikgu mengasingkan kami untuk ke rumah 'mak dan bapa' angkat kami.Saya,khair ,ARIFFIN dan faturahman disuruh tinggal di rumah mak khatijah.


Di situ,kami ditunjuk bilik yang akan kami lenap.Sesudah saja kami letak barang-barang kami dan merapikan diri , kami diberi makan tengahari.Makanan yang dimasak mak kami benar-benar lazat.


Malam kedua ada sambutan bagi si pengantin.Saya disuruh jadi pengapit.Walaupun saya tidak mahu dan malas, saya tetap berasa seronok kerana ia pengalaman yang jarang didapat.


Walaubagaimanapun, saya betul-betul tidak menyesal dengan pengalaman itu.
Hari ketiganialah hari kami pulang.Ia amat menyedih kerana saya sudah anggap bapa dan mak angkat saya seperti orang tua saya sendiri.Ramai yang menangis akibat tidak mahu pulang dan ingin bertinggal sana lebih lama lagi.
Saya berharap pelancongan ini dapat berlaku lagi...sekian terima kasih..




I love me elmo and cookie monster,
& iloveyou too!


Tuesday, March 11, 2008 Y 3/11/2008 07:36:00 PM


Salam sejahtera,


pada blog saya ini , saya telah mewancara seorang guru Sekolah Rendah Chua Chu Kang bernama Cikgu Hamdan.



Berapa lamakah telah cikgu mengajar?

Lebih dari 20 tahun dan dalam masa itu , saya telah mengajar hanya di 2 sekolah sahaja.

Apa yang membuat cikgu ingin mengambil bidang ini?

Apabila cikgu masih kecil , cikgu diberitahu bahawa ia bukan begitu susah untuk mengajar dan pada masa itu , cikgu memang gemar mengajar dan menolong rakan cikgu bila mereka mempunyai masalah dalam pelajaran.

Apakah cabaran terbesar cikgu?

Cabaran terbesar cikgu ialah apabila cikgu harus mengajar bahasa melayu kepada murid-murid yang bukan melayu seperti bahasa cina dan india.Walaupun ia susah , cikgu tetap mengajar mereka tanpa berputus asa.

Selain mengajar di sekolah rendah , cikgu ada membuat kerja lain?

Cikgu memberi tuisyen kepada murid-murid di ACSI dan RGSS.

Selain mengajar , cikgu minat dalam apa?

Cikgu minat dalam memain dan menonton permainan bola sepak.

Terima kasih Cikgu Hamdan kerana menolong saya dalam projek wawancara ini.



I love me elmo and cookie monster,
& iloveyou too!


Thursday, October 4, 2007 Y 10/04/2007 11:12:00 AM

Ahli kimia kemuka analisis sampel DNA Altantuya
Oleh Amiruddin Harun, Norazlita Mohd. Sies dan Noor Azmah Ibrahim
Azilah dibawa ke Mahkamah Sesyen bagi perbicaraan kes pembunuhan Altantuya di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 3 Okt. - Seorang ahli kimia memulakan keterangannya dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan mengemukakan 18 sampul surat mengandungi beberapa sampel antaranya gumpalan rambut, serpihan tulang dan sisa rangka bagi tujuan analisis asid deoksiribonukleik (DNA).
Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Primulapathi a/l Jaya Krishnan, 54, berkata, daripada jumlah tersebut, tiga sampul surat masing-masing mengandungi satu tiub sampel darah bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, dua tiub sampel darah ibu mangsa, Altentsetseg Sanjaa dan satu paket plastik mengandungi dua tiub sampel air liur Altentsetseg.
Bagi sampul surat mengandungi sampel darah bapa mangsa, menurutnya, di luar sampul itu bertaip dengan perkataan “1 contoh darah Setev Shaariibuu pp no: E0237324 untuk perbandingan dan DNA” dan di bawah ayat itu pula bertaip “ayah mangsa.”
Beliau juga mengemukakan lapan botol kecil yang setiap satunya mengandungi sampel bahan berwarna perang kehitaman yang tertera ‘tisu untuk DNA’, lima botol sampel gumpalan rambut, satu botol sampel perang kehitaman sisa rangka dan satu botol sampel berwarna sama daripada serpihan tulang.
“Kesemua botol (selain daripada tiga tiub sampel ibu dan bapa Altantuya) tersebut yang dimeteri dengan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dilabelkan sebagai ‘tidak diketahui’.
“Saya menganalisis kandungan-kandungan sampul surat itu dan bakinya saya memasukkan semula ke dalam botol-botol tersebut,” kata saksi pendakwa ke-39 itu.
Menjawab soalan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, Primulapathi berkata, kesemua sampul surat itu dicop meteri HKL, pelekat Jabatan Kimia dan meteri Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala setiap botol mengandungi pelekat makmal dan meteri Jabatan Kimia serta tandatangannya.
Menurut beliau, kesemua sampul surat bertanda T1 hingga T18 mengandungi bahan-bahan bukti tersebut telah diterima olehnya daripada pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Tonny Lunggan kira-kira pukul 4 petang, 11 November tahun lalu.
Primulapathi memberi keterangan pada perbicaraan terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang didakwa membunuh wanita Mongolia berusia 28 tahun itu di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.
Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda pula didakwa bersubahat dengan mereka dalam pembunuhan itu di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2006.
Perbicaraan masuk hari ke-44 hari ini.
Perbicaraan hari ini menyaksikan bahan-bahan bukti dalam sampul surat itu dibuka satu demi satu oleh ahli kimia tersebut sehinggakan pada sampul surat keempat (T4), Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin bertanya adakah banyak lagi sampul surat yang akan dibuka.
“Ini untuk sehari (surat yang diterima pada 11 November), ada lagi untuk surat yang diterima pada tarikh-tarikh lain. Mungkin kita ambil masa tiga hari iaitu hari ini, esok dan lusa hanya untuk membuka sampul-sampul surat ini,” kata Noorin secara berseloroh.
Terdahulu, Primulaphati yang disoal mengenai kelayakan dan kepakarannya dalam bidang analisis DNA berkata, beliau telah banyak menjalankan analisis DNA sejak berkhidmat di Jabatan Kimia pada tahun 1977.
Beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang genetik dari Universiti Malaya pada tahun 1998 dan pernah menyertai pelbagai kursus forensik di dalam dan luar negara berkata, makmal di jabatannya memiliki peralatan lengkap untuk menjalankan analisis DNA.
Katanya, protokol dan prosedur yang digunakannya dalam analisis DNA juga diperakui di peringkat antarabangsa dan diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika.
Perbicaraan bersambung esok.



I love me elmo and cookie monster,
& iloveyou too!


Thursday, September 27, 2007 Y 9/27/2007 10:42:00 AM

Salam sejahtera kawan-kawan.Kaili ini,saya ingin menceritakan tentang remaja zaman sekarang.Saya tahu bahawa ramai daripada remaja sekarang pentingkan kawan lebih dari keluarga kamu.

Remaja-remaja sering terpengaruh dengan kawan-kawan mereka.Kalau kawan buat ini,dia pun nak ikut sama.Ia tidak mengapa kalau mereka ikut kepada benda yang baik seperti belajar bersama-sama tetapi yang teruk adalah mereka ikut kawan mereka membuat benda yang tak senonoh seperti menghisap rokok.

Yang paling teruk,ada remaja yang biadap terhadap guru mereka.Tidak kisah guru itu tua atau muda,mereka tetap akan kacau .Kalau guru itu tua,mereka akan membuat bising dan membuat guru itu mengamuk.

Kalau guru itu muda, lagi-lagi yang wanita,lelaki-laki yang nakal akan mengusik guru itu.Ada juga yang akan berkeliling guru itu kononnya mahu puji guru itu tetapi mereka ada niat yang buruk.

Remaja yang perempuan juga sanggup membuat apa-apa untuk 'boyfriend' mereka.Yang pihak lelaki pula akan gatal terhadap matair mereka.

Yang remaja-remaja lain,ada yang baik-baik sahaja tetapi ada yang suka berlepak di tempat orang ramai,cari gaduh dan ramai lagi.Mereka hanya membuang masa meraka di luar tidak membuat apa-apa.

Pada pendapat saya,remaja sekarang suka membuat benda yang tidak memanfaatkan.Sampai sini sajalah.Sekian terima kasih.



I love me elmo and cookie monster,
& iloveyou too!


Monday, September 24, 2007 Y 9/24/2007 01:25:00 PM

-Sukan Kegemaran Saya-



Sukan kegemaran saya adalah bola keranjang(basketball) dan bola sepak.Saya telah bermula bermain bola sepak sejak berumur 5 tahun dan telah bermain bola keranjang hanya 1 tahun.


Saya bermula sebagai kaki bangku.Pelahan-lahan, saya diajar bermain bola oleh ayah saya dan abang saudara saya.Saya telah diajar oleh mereka kira-kira 2 tahun dan sekarang saya kadang-kadang boleh menang mereka.Saya dapat juga diberi peluang bermain ramai-ramai.

Di dalam permainan bola sepak,ia bukan tentang menang tetapi tentang seronok.Tidak kisah kita menang atau kalah asalkan kita dapat berseronok.Di sekolah,saya bermain bola bersama kawan-kawan saya tetapi di luar,saya bermain bola dengan keluarga saya.

Selain bermain bola sepak, saya juga bermain bola keranjang jika ada kelapangan masa.Saya biasanya bermain dengan kawan-kawan saya.Saya dapat menang dalam permainan itu seperti dengan Asyraf dan Jordan.Mereka sering ingin menyuruh saya mencari teman untuk berlawan berkumpulan dengan mereka.

Walaupun mereka yang selalu cari permainan dengan saya,saya dan teman saya selalu dapat menang mereka.Saya ada lagi satu permainan dengan mereka selepas peperiksaan akhir tahun.Saya harap kami dapat mencapai rekod kami yang tidak pernah kalah dengan mereka.

Saya sering berlatih bermain bola keranjang pada hari yang ada sekolah kerana ia senang untuk saya mengajak kawan-kawan kami lain.Saya akan berlatih bola sepak pula pada hari sabtu atau ahad.Kadang-kadang kedua-dua harinya.Saya akan berlatih dengan adik-beradik saya.

Masa berlalu cepat apabila kita sedang berseronok.Sampai sini sajalah.Sekian terima kasih.




I love me elmo and cookie monster,
& iloveyou too!


Y 9/24/2007 12:46:00 PM

Salam sejahtera semua,
Hari ini saya akan menceritakan tentang menziarah taman warisan melayu.Saya pergi ke sana dengan sekolah.Cuma ada budak-budak melayu dari sekolah saya sahaja.Ia terletak di Kampong Glam.
Kami bermula dengan memasuki museum itu.Di situ, ada banyak sejarah tentang orang-orang melayu pada zaman dahulu.Tempat ini dahulunya istana yang dibina oleh Sultan Ali anak kepada Sultan Hussein Shah pada 162 tahun lalu.

Ada juga memberitahu kami tentang pelakon-pelakonlama,rumah-rumah lama dan ramai lagi.Kami diberi masa selama 45minit untuk berjalan-jalan di situ.Selepas itu,kami pergi melihat persembahan oleh ahli-ahli kampung melayu itu.Persembahan itu sangat menyeronokkan.Kami dapat diberi peluang untuk bermain kompang.Ada juga orang yang disuruh naik pentas untuk menari seperti Hanzalah dan lain-lain lagi.Selepas itu ,kami mengambil gambar beramai-ramai.Ia sangat menyeronokkan.Sampai sini sajalah sekian terima kasih.




I love me elmo and cookie monster,
& iloveyou too!


Wednesday, September 19, 2007 Y 9/19/2007 12:20:00 PM

Salam hormat kepada anda semua,
saya ingin menceritakan tentang apa yang dibuat oleh saya sekeluarga di hari raya.Kami selalu membuat kuih 'last minute'.Kami suka menonton sambil membuat kuih kerana ada macam-macam cerita yang seronok di malam raya.
Walaupun kami tidur hingga hampir subuh,kami tetap harus bangun kira-kira pukul 7 pagi untuk pergi sembahyang solat aidilfitri.Kadangkala , kita hanya sembahyang di rumah sahaja.
Apabila kami pulang , makanan selalu telah dihidangkan oleh ibu untuk makan.Makanan itu termaksud lontong,ketupat,rendang dan berbagai-bagai lagi.Masa inilah kami akan makan banyak-banyak kerana saudara-mara kami tidak akan datang di waktu pagi.

Selepas itu,kami akan berehar hingga tetamu mula datang. Apabila tetamu mula datang, saya akan tunggu mereka pulang kerana bila mereka pulang, saya akan duit raya.Yang paling best bila seseorang itu memberi duit raya adik-beradik saya untuk memberikan mereka kerana masa inilah peluang saya untuk kebas duit raya mereka. Selepas semua tetamu saya pulang, saya akan kira berapa duit yang saya dapat pada hari itu.Sudah tentu saya akan dapat paling banyak kerana saudara-mara saya bagi saya sering memberi saya duit raya yang lebih dari adik -adik saya dan juga beberapa duit mereka dikebas oleh saya. Duit yang saya dapat itu akan saya simpan dan menyimpan dalam bank.Saya tidak menyimpan semua kerana saya tentu akan beringin untuk membeli sesuatu.

Sampai sini sajalah.Sekian Terima Kasih.





I love me elmo and cookie monster,
& iloveyou too!


me .♥



age
birthday
school
class
watever here
=)
msn | friendster | blogskins
bold ; italic ; underline .

Loves♥

GANS HERE ?


Cravings♥

Go to a GOOD wif mye fwen
go CAMERON HIGHLAND quick !
get big ELMO bear


Sweet Escape♥

Andrea Bela cheryl dora ella fenni grace hilly isabel jolena kristy lina mummy

ChitChat♥

cbox is highly recommend here

Calendar♥




&! Click Here For Birthdays.? (:

u nd ur fren birthday r been riting down here



Credit me .♥

Base code: /♥s}summerkisses}
Images: Photobucket
Designer: xpeixin-